Ahlak Rasulullah Patut Dicontoh
AKHLAK RASULULLAH SAW YANG PATUT KITA COBA CONTOHI

Al Jumaah 26 Rwjab 1444H 17 Februari 2023M
Bismilabirohmanirrohiim
Baginda selalu diam.
٢m Berbicara ketika perlu.
Perbicaraannya fasih , ringkas tetapi padat .
Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).
Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.
Berfikir terus-menerus.
. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka , Baginda akan makan. Jika tidak , ditinggalkannya tanpa mencelanya.
Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
Marah bukan kerana nafsu .
. Apabila kebenaran dipermainkan , Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
. Tidak pernah berkata kotor , berbuat keji dan melampaui batas.
Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada .
Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.
Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma’siat.
Di rumah , Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian , memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
Ketika duduk atau pun berdiri , Baginda selalu berzikir .
Raut wajahnya selalu ceria , perangainya dapat dicontohi dengan mudah , lemah lembut & peramah.
Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar , berteriak-teriak , lebih-lebih lagi mencela orang lain.
Tiga perkara yang dijauhi ; perselisihan , bongkak & segala yang tidak diperlukan.
Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.
Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.
Sesiapa yang meminta sesuatu , pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih . Baginda adalah ayah bagi mereka semua .
Dimanana pun Baginda berada , disitu terpancar cahaya ilmu , sikap malu & sabar serta amanah .
Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda .
Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua , menyayangi yang kecil , mengutamakan orang yang ada hajat , menjaga keperluan & kebajikan orang asing.
Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong , Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.
Paling berlapang dada.
. Paling tepat dalam berbicara.
Paling halus keperibadiannya.
Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya. Biografi Lengkap Rasulullah SAW.ماشاء الله تبارك الله .
اللهم صل على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
.Aamiin Ya Robal Alamin qiyamulail wassalamualaikum waRohmatullahi wabarokatuh

Bupati Bandung Apresiasi Atlet Peraih Medali PON Aceh-Sumut 2024 dengan Total Hadiah Rp6,5 Miliar
HIBAR – Bupati Bandung Dadang Supriatna, memberikan penghargaan dan bonus kepada para atlet berprestasi dan pelatih asal Kabupaten Bandung yang

Tak Berizin, Puluhan Reklame di Soreang hingga Banjaran Ditertibkan Satpol PP
HIBAR – Satuan Tugas Pengendalian Penataan Ruang, Penyelenggaraan Bangunan Gedung dan Perizinan Berusaha (Satgas PPR-PBG-PB) bersama Satpol PP Kabupaten Bandung
Menyusun Modul Ajar Berbasis Deep Learning
Menyusun Modul Ajar Berbasis Deep Learning Oleh Idris Apandi MENYUSUN MODUL AJAR BERBASIS DEEP LEARNING

KEJUJURAN AKAN MELAHIRKAN KEPERCAYAAN
RENUNGAN FAJAR BAROKAH Minggu, 16 Februari 2025 bismillahirahmanirahim Assalamu’alaikum wr wbrkt KEJUJURAN AKAN MELAHIRKAN KEPERCAYAAN Saudaraku, *Kepercayaan adalah sebagai amanah,

BELEKOK
“BELEKOK” OLEH : ENTANG SASTRAATMADJA Kata “belekok” dalam bahasa Sunda berarti bodoh, sama seperti kata “belegug” atau “goblok”. Kata ini termasuk kata

Berita Duka
Innalilahiwainailaihirojiun Telah Berpulang ke Rahmatullah Cucu Suherman, S.Pd SDN Batukeris Banjaran Kabupaten Bandung Kepal SMP PGRI Banjaran Jum’at, 14 Februari
